Translations 2
English (en-US) |
||
---|---|---|
Name |
Aaron Aziz |
|
Biography |
Dato' Aaron Mustapha bin Aziz (Jawi: ارون مصطفى بن عزيز; born 23 February 1976) is a Singaporean actor and director. He is largely known in Malaysia and also in some countries such as Taiwan, Hong Kong, India, Brunei and Singapore. |
|
Malay (ms-SG) |
||
---|---|---|
Name |
Aaron Aziz |
|
Biography |
Dato' Aaron Mustapha bin Aziz ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di negara kelahirannya pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q. Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Adam & Hawa, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008-10), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), KL Gangster (2011-13), Ombak Rindu (2011), Lari (2013), Suamiku, Encik Perfect 10 (2015), Dekatnya Cinta (2021), Sheriff: Narko Integriti (2024) dan The Experts (2024). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L'Oréal. Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era. |
|