Translations 3
English (en-US) |
||
---|---|---|
Name |
Lisa Surihani |
|
Biography |
Lisa Surihani binti Mohamed is a Malaysian actress, model, television host and commercial model. Starting her entertainment career in 1997, at the age of 11, Lisa has appeared in numerous feature films and television shows as well as TV commercials. Throughout her career, she won several awards, including Malaysian Film Festival for Best Actress. Her notable films include Goodbye Boys (2006) I'm Not Single (2008), Kapoww!! (2010), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) and Ular (2013). She married with singer-actor Yusry KRU in 2012 and blessed with two children. In February 2017, Lisa was appointed as the Goodwill Ambassador of UNICEF Malaysia. |
|
Malay (ms-SG) |
||
---|---|---|
Name |
Lisa Surihani |
|
Biography |
—
|
|
Malay (ms-MY) |
||
---|---|---|
Name |
Lisa Surihani |
|
Biography |
Datin Lisa Surihani Mohamed ialah seorang pelakon, model, pengacara dan jurucakap produk Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen. Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi (2002), seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 2006 menerusi peranannya sebagai Lara dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly, sebelum meraih pengiktirafan meluas menerusi filem I'm Not Single (2008) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22. Selepas I'm Not Single, Lisa membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) sebagai Mustika Sudirman, filem aksi 2010 V3: Samseng Jalanan yang mana watak Kamsah lakonannya telah melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Filem lakonannya Lagenda Budak Setan yang mana Lisa memegang watak utama sebagai Ayu, telah melayakkannya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 23 dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Sepanjang kerjaya lakonannya, Lisa telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Farid Kamil, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Nur Fazura dan Maya Karin. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Lisa telah menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai jenama dan produk termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, Rexona, DiGi, Garnier, Sofy BodyFit dan Marigold Peel Fresh. Sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program televisyen termasuk Down Memory Lane (RTM), Mari Menari (Astro Ria) dan HBO Sentral (HBO Asia). Pada Februari 2017, Lisa dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Malaysia. |
|