Greg Daniels — Productor ejecutivo
Episodios 17
PELANCARAN
Jeneral berbintang empat, Mark Naird, pemimpin Angkatan Angkasa yang baru diwujudkan, berasa tertekan untuk melancarkan satelit walaupun diberi amaran keras oleh saintis.
Leer másSELAMATKAN EPSILON 6!
Jeneral Naird harus memilih sama ada menggunakan penyelesaian saintifik yang logik atau operasi menyelamat menggunakan cimpanzi apabila satelit kesayangannya rosak teruk.
Leer másMARK DAN MALLORY PERGI KE WASHINGTON
Sementara Jeneral Naird dan Dr. Mallory bersedia untuk perbicaraan yang menimbulkan perbalahan di Capitol Hill, Erin berkenalan dengan Kapten Ali.
Leer másHABITAT BULAN
Jeneral Naird menawarkan diri untuk Eksperimen Habitat Bulan Dr. Mallory. Sementara itu, Erin cuba menganjurkan parti dan Angkatan Angkasa tampil dengan bergaya.
Leer másBENDERA ANGKASA
Dilengkapi senjata yang kurang menakutkan, askar Angkatan Angkasa – dipimpin oleh Jeneral Naird – menyertai permainan perang dengan pesaing Angkatan Udara mereka.
Leer másEDISON JAYMES
Seorang usahawan yang digembar-gemburkan menawarkan bahan api roketnya yang revolusioner kepada Angkatan Angkasa. Dr. Chan memberi Kapten Ali kursus kilat tentang botani.
Leer másLAWATAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Jeneral Naird bersiap sedia untuk lawatan hubungan suami isteri. Sementara itu, Dr. Chan dan Kapten Ali berkongsi kereta dan Dr. Mallory pula menangani kesuntukan masa.
Leer másSERONOK DAPAT KEMBALI KE BULAN
Jeneral Naird menghadapi kru yang tidak bersedia walaupun pelancaran cuma tinggal beberapa hari lagi. Kapten Ali mencari kata-kata yang sesuai dan Erin melawat ibunya.
Leer másTINDAK BALAS SETARA
Jeneral Naird ditekan untuk membalas dendam terhadap China, jadi dia bergelut dengan hati nuraninya. Dr. Mallory membuat ancaman tidak menyenangkan dan Erin memberontak.
Leer másPOTONGAN BELANJAWAN
Angkatan Angkasa berhadapan dengan pemotongan belanjawan besar yang mengejutkan Jeneral Naird dan Dr. Mallory. Dr. Chan mahu mengetahui sebab Kapten Ali bersikap dingin.
Leer másPERUTUSAN CINA
Pasukan cuba sedaya upaya mengelak daripada menyinggung delegasi dari China tetapi Dr. Mallory sukar mengawal perasaannya apabila isu pendaratan di bulan dianggap palsu.
Leer másPROJEK EUROPA
Angkatan Angkasa perlu membuat keputusan penting: menghasilkan pembentangan Powerpoint tentang pencerobohan makhluk asing... atau berperang usikan secara berkumpulan?
Leer másKEYAKINAN MAD (BUFF)
Erin menerima nasihat yang mengelirukan tentang temu bual kolej, sementara Tony menjalinkan kerjasama baharu antara Angkatan Angkasa dengan minuman tenaga, Mad Buff.
Leer másJANJI TEMU DOKTOR
Tony menyebarkan khabar angin di pejabat bahawa Jeneral Naird mencari kerja lain. Sementara itu, Dr. Chan dan Dr. Mallory benar-benar mendapatkan maklumat kerja kosong.
Leer másPENGGODAMAN
Apabila masa hadapan Angkatan Angkasa tidak menentu, perubahan besar mungkin melanda. Namun pasukan itu harus menangani penggodaman di seluruh pangkalan terlebih dahulu.
Leer más