Wiz Khalifa — Cançons
Episodis 8
Bertuah
Benny Scanlon tiba di Yates dan segera berkawan rapat dengan Carmen semasa sesi Orientasi. Adakah mereka akan jadi lebih daripada sekadar kawan? Atau adakah Benny yang... mungkin... jadi penghalang? Kakaknya, Grace, bekalkan vodka tanpa perisa untuk panas badan, manakala teman lelaki Grace, Peter, kongsi nasihat sebagai senior: berasmara hari pertama atau tanggung akibatnya. Taruhannya sangat tinggi.
Llegeix-ne mésSiapa Gadis Itu
Benny dan Carmen keliling kampus mencari IC palsu untuk menyertai pelajar tahun pertama yang lain - termasuk si KACAK Miles - di Rock Bar. Peter bantu Benny, tetapi Carmen tidak berjaya walaupun dibantu rakan sebilik yang gemar berparti, Hailee. Peter batalkan janji temu di restoran Itali tempatan, manakala Grace berkawan dengan seorang wanita tua. Hailee pula muntah.
Llegeix-ne mésHitam dan Kuning
Benny tarik perhatian pertubuhan rahsia dan sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kawan baiknya, Carmen, turut diberi perhatian. Nasib mereka baik kerana hujung minggu ini pesta praacara alumni, dan Carmen dapat tunjukkan kemahiran minumnya. Senior yang khayal beri Peter berita mengejutkan dan Grace bertemu Mimi, yang baru pulang daripada semester di luar negara. Pesta ini untuk sukan apa?
Llegeix-ne mésBoom Clap
Benny tertangkap berbohong, menyebabkan dia dan Carmen bergaduh. Namun, Carmen tetap menikmati status legendanya selepas pesta praacara. Grace bekerja di konsert Charli XCX, manakala Peter menguji ahli baharu F&G lelaki. Pada masa sama, Carmen turut mengalami tekanan psikologi bersama ahli wanita. Episod berakhir dengan lagu "party 4 u"!
Llegeix-ne mésRaksasa Menakutkan dan Roh Baik
Halloweekend tiba dan Benny masih bermasam muka dengan Carmen, jadi dia dan Miles semakin rapat. Carmen dan Hailee berdamai betul-betul ketika Hailee mula era gadis nakalnya. Grace tegur Peter kerana melayannya seperti pembantu. Ketegangan memuncak di Parti Kimia tahunan. Tapi siapa yang akan pulang dengan siapa? Episod ini memang terbaik.
Llegeix-ne mésDi Ambang Kejayaan
Carmen bijak mengelak daripada menghadapi kekalutan percintaan sendiri sambil cuba bantu Benny dengan masalah cintanya. Grace meluahkan perasaan kepada Janet yang menyarankannya teroka peluang cinta lain. Peter buat sesuatu yang drastik - yang akan buat anda berkata "biar betul" di penghujung episod. Oh, dan Hailee kena mono!
Llegeix-ne mésSelamat Datang ke Perarakan Gelap
Carmen ikut Benny dan Grace pulang ke Idaho sempena Hari Kesyukuran - dengan karaoke, bertumbuk, dan hantu masa lalu. Kami memang konsisten! Benny kembali ke perangai lamanya di depan ayahnya, manakala Carmen dan Grace mula saling memahami sambil berkongsi vodka kranberi dan gegelang bawang. Tapi Carmen masih menyimpan rahsia besarnya yang dahsyat...
Llegeix-ne mésMahkota Tercampak ke Bumi
Minggu peperiksaan akhir dan hubungan diuji. Carmen paksa Benny jelaskan semua pembohongannya, Grace membuat penemuan, Peter berusaha mendapatkan apa yang dia mahu, Hailee mencari ubat penambah prestasi, dan Miles tertanya-tanya apa salahnya. Jawapan membawa lebih banyak persoalan di parti terakhir Bader House untuk semester ini... mulut anda akan ternganga, sayang!
Llegeix-ne més